Sunday, April 12, 2009

Jalan-jalan Easter: Royal Botanical Garden and Edinburgh Zoo

salah satu species orkid yang terdapat di Royal Botanical Garden, Edinburgh Scotland

Jalan-jalan easter diteruskan setelah menginap semalam di 349 Charleston Drive, Dundee (balik rumah dulu). Kali ni ke Edinburgh pulak. Hari pertama melawat Royal Botanical Garden...tu pun selepas 2,3 kali sesat kat bandar Edinburgh. Sebelum tu singgah dulu kat rumah Jarina, makan nasi ayam. Cantik botanical garden ni, tapi oleh kerana dah agak lewat (pukul 4 baru masuk), tak lah dapat round semua. Antara tarikan utama adalah glass houses, ada beberapa, tapi sempat masuk dua jer. Rasanya kalau datang next month lagi best sebab lagi banyak bunga yang berkembangan dan pokok-pokok berdaunan. Time ni banyak lagi pokok yang tak berdaun. Apapun koleksi orkid memang sangat cantik.

di hadapan temperate glass house, Royal Botanical Garden, Edinburgh Scotland
Lepas melawat botanical garden, kami balik semula ke rumah Jarina...tapi sebelum tu singgah dulu kat restoran Palmyra (restoran mediteranean halal). Malam tu kami bermalam di rumah Jarina. Terima kasih kepada Jarina dan housemates kerana melayan kami.


Keesokan harinya jalan-jalan easter diteruskan ke Edinburgh Zoo. Kat sini main attraction adalah penguin. kat sini budak-budak seronok la, tapi penatnya boleh tahan jugak....berbukit-bukit....

























Gambar-gambar sekitar Zoo Edinburgh

No comments: