Friday, September 5, 2008

Puasa @ Dundee

Minggu ni dah start puasa. First time puasa kat tempat sejuk ni, ok jugak tapi hari panjang. Berbuka pukul 8 tapi gradually turun as fall aproaching. Oleh kerana sang suami masih lagi kat Mesia, puasa dengan anak-anak je la. First day Bob and Aidil puasa penuh, Fizzy susah sket, tak tahan dugaan. Aidil steady je, dah tiga hari puasa. Semalam ada kelas swimming, jadi tak puasa. Hari ni pulak tak bangun sahur, balik sekolah berbuka, tak tahan....

Sebenarnya not bad berpuasa kat sini..KMD ada buat giliran berbuka dan tadarus. So far tak dapat nak join mana-mana, budak-budak terutamanya Aidil tak mau kemana-mana, nak berbuka kat rumah aje. Menu bulan puasa ni tak la macam kat Mesia, setakat sempat je tapi actually tak banyak beza pun. Masih lagi ada ikan bakar (tak ada ikan kembung, ganti ikan siakap), ayam bakar cicah air asam (nasib baik ada belacan bawak dari mesia). Lain-lain tu ok la, kueh mueh la yang susah sket, kena creative...