Tapi tak kata kat dia gak, pokok-pokok yang ada di sekeliling Glamis Castle ni mostly yang dah ditanam bertahun-tahun yang dulu, ada yang di tanam pada tahun 1813 lagi...impressed betul, terutamanya pokok-pokok pine.
Bob, Aidil and Fizzy in front of Glamis Castle
Perjalanan diteruskan ke Aberdeen city. Kami singgah kat Aberdeen Amusement Park..Fizzy dan Bob nak try roller coster, Aidil memang tak mahu ...penakut...tak ada pilihan, ibu la kena teman...pening jugak....lepas tu semua dah tak nak naik roller coster lagi lepas ni...
Looping star @ Aberdeen Amusement Park
Kami singgah di rumah kawan, Umaima, dekat dengan Zoological Building, University of Aberdeen. Terima kasih kepada Umaima kerana jamu kami nasi goreng dengan chicken wings. Sebelum balik ke Dundee, sempat jugak jalan-jalan kat King College, University of Aberdeen. Katanya King College ni adalah bermulanya university of Aberdeen. On the way balik singgah kat Castle Dunottar (depa kata tempat ni Shah Rukh khan buat pengambaran, oleh kerana tak minat hindustan, tak tau la pulak cerita apa..). Masa tu dah senja, cuaca pun dah sejuk dan foggie....tengok dari jauh jer...
No comments:
Post a Comment