Wednesday, December 31, 2008

Christmas Holiday: Scottish Highland Outing


Musim cuti krismas dan tahun baru dah bermula. Kami yang tak menyambut krismas ni pun 'terpaksa' bercuti 2 minggu. Oleh yang demikian, geng-geng melayu dundee ambik keputusan untuk jalan di Scottish highland...plan nak pergi Nevis Range and Isle of Skye.


Berkumpul di Charleston Drive sebelum berkonvoi ke Perth

So, on boxing day, lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun mulalah kembara ke highland. Ahli kembara terdiri daripada 38 ahli termasuk 12 kanak-kanak dalam 7 kereta. Oleh kerana hari tu hari jumaat, our first stop adalah Perth (known as Heart of Scotland). Kami singgah di rumah Zaidi dan lunch kat situ.

Lunch kat rumah Zaidi and Gee

Apabila solat dan makan tengahari dah selesai, kami pun teruskan perjalanan ke Fort William (the largest town in highland), which we will stay in Glen Corrie Lodge for two nights. Because it is winter, daytime is shorter, kami menyusuri highland dalam suasana yang suram, tapi very picturesque.

On the way to Roybridge..snow scattered on the highland range

Kami sampai di hostel lebih kurang pukul 6 petang (tapi macam pukul 10 malam- gelap). Hostel ni lebih kecil dari expected. Bilik pun agak sempit. Apa lagi, acara punggah memunggah pun bermula lah..soon after that, acara masak memasak pun start.....tak ada pogram yang specific, cuma chief de mission ada pasangkan tayangan cartoon untuk kanak-kanak.

Fizzy and Aidil @ Glen Corrie Lodge

On second day, di sebelah pagi, kami ke Nevis Range (Banjaran Nevis). Hajatnya adalah nak main ski, tapi hari tu tak banyak snow, so hajat nak berski tu tak kesampaian. Apapun, kami sempat jugak naik kabel car ke puncak Nevis Range.

Di puncak Nevis Range...sejuk...

Di sebelah petang pulak, kami melawat bandar Fort William...sangat sejuk, tapi sempat gak window shopping. Fort William ni originally based around the still-extant village of Inverlochy, the town lies at the southern end of the Great Glen, on the shores of Loch Linnhe and Loch Eil. It is close to Ben Nevis, the highest mountain in the British Isles, and Glen Nevis. Fort William juga merupakan lokasi beberapa filem terkenal temasuk Harry Potter, Braveheart, Highlander and Rob Boy. Banyak historic features kat sini, tapi oleh kerana sejuk bangat, tak sempat la nak telek semua.


Jalan-jalan kat Fort William






Bila dah kesejukan jalan-jalan kat high street Fort William, kami pun ambik keputusan untuk melawat Inverlochy Old Castle on the way balik hostel. Masa tu dah hampir gelap walaupun baru pukul 3 ptg. Suasana bukan sahaja gelap, tapi fogging as well...so berbalam jer la....

depan Inverlochy Castle

Dah penat seharian melawat-lawat, kami pun balik ke hostel. Macam biasa geng masak terus masuk dapur, kalau tak lambat la semua orang makan. Untuk second night, menunya adalah bbq chicken and tomyam (kat Scotland pun nak tomyam gak), tapi oleh kerana grill tak berapa berfungsi, makanyer, ayam goreng je la....

jalan-jalan @ Fort William

Thursday, December 25, 2008

Raya Haji

Komuniti Melayu Dundee telah mengadakan majlis sambutan hari raya haji pada hari ahad lepas. Raya nye dah lama berlalu, tapi kalau tak buat apa-apa majlis, makna ianya akan berlalu begitu sahaja. itulah adatnya kalau kat tempat yang kita ni minoriti. Kita sendiri yang kena usahakan. kalau di Malaysia, we so used to standardized almost everything...kalau pakcik mohor besar tak bagi tau bila nak raya, tak rayalah kita kat mesia...sama gak kalau tak ada pak Imam nak baca doa selamat masa kenduri doa selamat, makanye, tak dela majlis doa selamat..Bila dah duduk kat negara orang yang majoritinya tak beragama..baru la kita kalut...
entah apa yang dibincangkan oleh Fizzy dan Farhan, sambil diperhatikan oleh Ubaid. Abrar concentrated dengan ceritanya.


By the way, kat majlis raya tu, Fizzy dipilih untuk membacakan ayat quran, Surah Al Saaffat, ayat 102-105. Pendek jer..dia ok jer cuma tak puas hati kenapa dia je kena baca, Bob and abang tak kena. Dalam majlis tu, Fizzy bacakan ayat, Farhan bacakan terjemahan bahasa malaysia, Ubaid bacakan terjemahan inggeris dan Abrar bacakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.
Bob ambik gambar bapak yang bertugas sebagai cameraman

Bob juga ambik gambar Irfan, Luqman dan Aidil yang kebosanan sebab tak bawak nintendo DS