Tuesday, April 7, 2009

Good bye winter, welcome spring...for now

Ramai orang kata kat Scotland ni kita boleh dapat empat jenis weather dalam satu hari. Ianya boleh jadi snowy masa subuh, terang benderang sebelum zuhur, hujan by asar and frosty by isyak...apapun sekarang ni dah masuk spring, terasa la ceria sikit walaupun masih sejuk lagi, sekurang-kurangnya rasa riang ria dapat tengok bunga-bungaan.

Looking back, walaupun suasana agak suram masa winter, tapi tak kurang menariknya...last winter was said to be the coolest winter in 30 years and the most snow falls since a very long time...so kids really had a fun time playing with the snow. Walaupun tak dapat main ski semasa trip highland, tapi boleh main sledge kat Lochee Park, Dundee pun dah cukup (tu pun ihsan Zahir bagi pinjam sledge, tq)






Selain daripada main snow, banyak jugak aktiviti indoor....maklum la dah tak boleh keluar main kat padang, kena la cari aktiviti yang berbumbung. Di antaranya bowling, lawat pameran sains dan tengok wayang.

Fizzy and Bob doing the brain scanning in Sensation Science Centre

No comments: