Monday, July 13, 2009

Summer BBQ 2009

kalau dah kampung tu kampung juga..pantang nampak sungai, kira nak terjun jer....
Baru-baru ni KMD telah menganjurkan bbq untuk tahun ni bertempat di Glen of Isla di Perthshire (agak jauh ke inland). Mulanya rasa macam tak dapat nak join kerana keje yang berlambak dan kepenatan semacam jer. Tapi oleh kerana simpati dengan budak-budak tiga orang ni, akhirnya join la sekali...tu pun tumpang keta Che An dan Azra.
Paling seronok sekali bbq ni sebab bersebelahan dengan anak sungai yang amat sejuk airnya....bukan senang nak celup kaki dalam air sungai di Scotland ni...rasa macam kat Sekayu pulak.
Aidil dan Irfan sembang pasal bubbles. Aeni explained kat Rabihah camne nak buat kueh ketayap.
Aktiviti berbbq kali ni berjalan dengan lancar sekali. Selain dari kenyang tahap lampau, ramai juga yang berkesempatan mengeluarkan peluh jantan yang lama terperap. Anak-anak pun seronok sekali boleh lawan bola.

Viva Dinner

Agak lama tak update blog ni dek kerana kesibukan tahap gaban. Faktor yang mempengaruhi kesibukan termasuklah suami balik Mesia, keje skolah yang menimbun dan anak-anak yang super aktif.

Dalam pada tu sempat jugak ikut labmates meraikan Fred yang lulus viva pada 3 julai yang lalu. Fred pecah rekod lab tulis tesis paling cepat dan tesis paling pendek (PhD tesis 188+ mukasurat)...tapi correction banyak gak...anyway dah lepas...

Kita orang pergi dinner kat Italian restaurant kat Perth Road, Dundee. Tak berapa tahu jugak nak order ape, tapi cam tak ade nafsu untuk pasta, so order ajelah sea bass with lemon sauce and shrimps....mak ooi..besar giler, separuh aje habis.