Wednesday, August 13, 2008

Still Standing

Diam tak diam dah sebulan si Amirrudin (jgn mare) ni balik Malaysia. Kalau tak ada aral tu tiga minggu lagi balik la semula ke sini. Sekolah pun dah nak start balik next week. Rasanya masa makin lama makin cepat berlalu....banyak lagi keje tak siap......dah dekat 8 bulan ni rasanya cam tak ada progress jer...walaupun supervisor kata ok, tapi cam slow jer...

Oleh kerana single parenting dalam sebulan ni, buat kerja asyik terkejar-kejar jer..mana ngan lab nyer, masak yer, budak-budak nak 'have fun la', aduih...penat wehh...size 12 dan turun size 10 nih....Oleh kerana tak bulih keje lewat kena la keje 7 a week. So weekend masuk lab pukul 7 pagi. Labmates dah bagi gelaran the most hard working worker, tapi depa tak tau kena pergi keje awal sebab tak nak hantar budak-budak ke mana-mana. Dia orang pun nak duduk rumah jer..nasib baik orang kat sini tak bangun awal, harap nyer tak ada la sesiapa perasan....

Dalam pada kesibukan dengan research and parenting, sempat jugak join BRC bbq kat Crombie Country Park, Monikie (last friday). Agak jauh jugak, further up from Monikie Park. Bbq dengan orang putih kalau dari segi makan tu memang tak best. Dia orang makan burger jer. Kalau kita bbq ni makan cam nak rak...rasanya bagi dia orang, gathering tu yang penting. Ada banyak games. Ok jugak la walaupun tak kenyang. Sebenarnya makanan kena bawak sendiri, jadi tak ada la termakan benda-benda yang tak sepatutnya. Budak-budak ni seronok jugak, ada play park bersebelah bbq site.

Pada hari ahadnya, oleh kerana sekolah dah nak buka, bawak la dia orang ni ke Olympia Leisure Centre untuk swimming. Jenuh jugak bertekak dengan staf kat situ sebab tak ada adult nak temankan dia orang dalam pool. Akhirnya boleh jugak masuk pool, tapi kena pakai armband. Lepas mandi manda, buka main lagi seronok dia orang, tapi ibu juga yang kelepet kepenatan.

3 comments:

Zam said...

akak, susah jgk kan dua2 blajo ni...nak2 time cuti skolah ni, anak2 ler siannya...Aliya pun hari2 dok umah child minder ;-(

Khamsah said...

Zam ni sapa ek, UMT ker...nak buat camne, susah pun kena harung jugak la

Zam said...

hi...sorry masuk umah tak bagi salam dulu..kami La, Khairi & Aliya..pengunjung tetap roti canai pakcik dpn kem n jiran padang nenas..he..hee http://fatin-aliya.fotopages.com/