Hari ni pulak pergi bbq rumah Lindsey Allen (Dr). Lindsey adalah senior postdoc kat lab, so kalau dia ajak tu, nak kan no kena fikir banyak kali. This is first time pergi bbq orang putih, selalu buat dengan geng-geng Malaysian. Sebenarnya tak ramai, lab members sahaja. Dia orang punya bbq ni simple jer, tak macam kita (Malaysian). Bakar daging burger and sosej je. Ada jugak salmon and vegetable kebab. Rasanya Lindsey herself tak makan daging, so ok la..bolehla join dia makan salmon. Bbq ni pun stail potluck. Mulanya tak tau, nasib baik Pai (Thais) call tanya nasi (kalau dah Asian tu asian jugak, tak leh tinggal nasi). Dia kata kalau boleh bawak nasi, dia masak sambal tumis (pork). Rasa macam tak logik je nak bawak nasi putih, so buat la nasi goreng cina (tak pedas langsung). Suka pulak dia orang nasi goreng tu, siap tambah-tambah lagi...
Lindsey ada twin, so apalagi seronok la Bob (typical...). Si twin tu pun dah suka kat dia, dah tak nak balik.
Sunday, July 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Awak.. Habis la.. Dulu kek, now nasik goreng Cina.. Org Scots makan nasik goreng Cina.. Hebat.. Nak keropok lekor tak?
Si Bob tu mmg suka bebudak ler kan..? Kalau ada adik sendiri, macam mana ek? Hihi..
Durian banyak kat sini.. Ujung minggu ni nak balik K. Berang.
Post a Comment