Sunday, August 15, 2010

Scottish Walk

Sudah lama teringin nak hiking di Scotland ni. Orang kata kalau nak explore pergunungan Scotland, memang tak sah. Ini kerana Scotland hills and mountains are the best walk destination. So, bila risik-risik, ada la yang berminat..walaupun 2 orang jer, tapi itupun dah cukup.

English breakfast, sosej, baked bean, scramble egg, bread

Kami merancang untuk mendaki ke Lochnagar Munro (di sini, puncak dikenali sebagai munro). Perjalanan dari Dundee mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Kami bertolak dari Dundee pada pukul 8 malam (oleh kerana time summer, tak la gelap lagi) dan sampai di camping site dalam pukul 9.30 mlm. Camping site terletak di tepi sungai Dee dan malam itu kami tidur dalam khemah dalam keadaan suhu yang sejuk sekali, tapi nasib baik tak hujan walaupun cuaca diramalkan hujan lebat.

Kami bangun seawal pukul 4 pagi. Setelah solat dan sarapan, kami bertolak ke Spittal Glen Muick, tempat bermulanya hiking. Lebih kurang jam 7 pagi, kami pun mula berjalan.

Trek ke puncak adalah agak mudah dan pendakian tidak lah curam. Pemandangan di sekeliling amatlah cantik kerana kami menyusuri lembah di celah-celah kemuncak. Semakin tinggi kami daki, trek semakin berbatu.

Sampai di Lochnagar Corrie

Kami sampai ke puncak Lochnagar lebih kurang pukul 1 ptg setelah lebih 5 jam berjalan. Keadaan amat berkabus dan angin kencang. Kami hanya berada di puncak lebih kurang 20 minit sahaja memandangkan ramai pendaki-pendaki yang lain pun sampai pada masa yang sama.
Di puncak Lochnagar, ketinggian 1154m

Perjalanan turun tidak semudah yang di sangka. Pada masa itu hujan telah mula turun dan trek yang dilalui sempit dan licin. Walaupun dalam keadaan hujan, pemandangan masih lagi cantik. Kami sampai ke garisan penamat lebih kurang pukul 5 petang.

No comments: