Sunday, August 15, 2010

Scottish Walk

Sudah lama teringin nak hiking di Scotland ni. Orang kata kalau nak explore pergunungan Scotland, memang tak sah. Ini kerana Scotland hills and mountains are the best walk destination. So, bila risik-risik, ada la yang berminat..walaupun 2 orang jer, tapi itupun dah cukup.

English breakfast, sosej, baked bean, scramble egg, bread

Kami merancang untuk mendaki ke Lochnagar Munro (di sini, puncak dikenali sebagai munro). Perjalanan dari Dundee mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Kami bertolak dari Dundee pada pukul 8 malam (oleh kerana time summer, tak la gelap lagi) dan sampai di camping site dalam pukul 9.30 mlm. Camping site terletak di tepi sungai Dee dan malam itu kami tidur dalam khemah dalam keadaan suhu yang sejuk sekali, tapi nasib baik tak hujan walaupun cuaca diramalkan hujan lebat.

Kami bangun seawal pukul 4 pagi. Setelah solat dan sarapan, kami bertolak ke Spittal Glen Muick, tempat bermulanya hiking. Lebih kurang jam 7 pagi, kami pun mula berjalan.

Trek ke puncak adalah agak mudah dan pendakian tidak lah curam. Pemandangan di sekeliling amatlah cantik kerana kami menyusuri lembah di celah-celah kemuncak. Semakin tinggi kami daki, trek semakin berbatu.

Sampai di Lochnagar Corrie

Kami sampai ke puncak Lochnagar lebih kurang pukul 1 ptg setelah lebih 5 jam berjalan. Keadaan amat berkabus dan angin kencang. Kami hanya berada di puncak lebih kurang 20 minit sahaja memandangkan ramai pendaki-pendaki yang lain pun sampai pada masa yang sama.
Di puncak Lochnagar, ketinggian 1154m

Perjalanan turun tidak semudah yang di sangka. Pada masa itu hujan telah mula turun dan trek yang dilalui sempit dan licin. Walaupun dalam keadaan hujan, pemandangan masih lagi cantik. Kami sampai ke garisan penamat lebih kurang pukul 5 petang.

Sunday, April 18, 2010

Jalan-Jalan Stirling



Stirling Castle

The only trip that we managed to participate this Easter is Trip to Stirling Castle and Loch Lomond Shores. Honestly, Stirling Castle ni indah khabar dari rupa. Oleh kerana dah melawat banyak castle, so this one is not very impressive.


Stirling Castle

Walaubagaimana pun it was a nice outing dan the boys had a good time.


Stirling Castle


Loch Lomond

Friday, March 19, 2010

Main Bola Keranjang

Oleh kerana ketinggian yang melampau, Aidil terpilih untuk wakil sekolah main basketball...Team diaorang dapat masuk final round dan dapat tempat ke empat dari 5 pasukan. Dalam ramai-ramai anak mat saleh main, tak ada pun yang lebih tinggi dari dia. Bob pun join jugak, tapi second team...next term mungkin boleh masuk first team kut.


Tuesday, March 2, 2010

Saya suka pintu


Kalau pegi mana-mana, especially melawat castle, saya sangat suka ambik gambar depan pintu....castle lama-lama ada pintu besar dan cantik.....

Glamis Castle, Scotland


Inverness Castle, Highland, Scotland

Kat Oban tak ada pintu, kat tembok pun jadi la

Friday, February 19, 2010