Thursday, December 25, 2008

Raya Haji

Komuniti Melayu Dundee telah mengadakan majlis sambutan hari raya haji pada hari ahad lepas. Raya nye dah lama berlalu, tapi kalau tak buat apa-apa majlis, makna ianya akan berlalu begitu sahaja. itulah adatnya kalau kat tempat yang kita ni minoriti. Kita sendiri yang kena usahakan. kalau di Malaysia, we so used to standardized almost everything...kalau pakcik mohor besar tak bagi tau bila nak raya, tak rayalah kita kat mesia...sama gak kalau tak ada pak Imam nak baca doa selamat masa kenduri doa selamat, makanye, tak dela majlis doa selamat..Bila dah duduk kat negara orang yang majoritinya tak beragama..baru la kita kalut...
entah apa yang dibincangkan oleh Fizzy dan Farhan, sambil diperhatikan oleh Ubaid. Abrar concentrated dengan ceritanya.


By the way, kat majlis raya tu, Fizzy dipilih untuk membacakan ayat quran, Surah Al Saaffat, ayat 102-105. Pendek jer..dia ok jer cuma tak puas hati kenapa dia je kena baca, Bob and abang tak kena. Dalam majlis tu, Fizzy bacakan ayat, Farhan bacakan terjemahan bahasa malaysia, Ubaid bacakan terjemahan inggeris dan Abrar bacakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.
Bob ambik gambar bapak yang bertugas sebagai cameraman

Bob juga ambik gambar Irfan, Luqman dan Aidil yang kebosanan sebab tak bawak nintendo DS

No comments: