Diam tak diam dah berakhir bulan Ramadhan. perbezaan yang amat ketara antara puasa di sini dengan puasa kat mesia adalah puasa itself. Kita berpuasa kerana kita memang dituntut berpuasa tanpa memikirkan ada raya dipenghujungnya. Kalau kat mesia, puasa tak start lagi, tempahan baju raya dah ditutup. Begitu juga dengan berbuka, makan aje apa yang ada...tak de bazar2 Ramadhan..Tapi oleh kerana ada ramai jugak malaysian kat sini, kita juga me-malaysiakan bulan puasa dengan bergilir-gilir buat majlis tadarus dan berbuka puasa. Oleh kerana rumah kitaorang kat sini kiut-miut terpaksala pisah kan muslimin dan muslimat.
muslimat bertadarus di rumah Amal
Bila di fikir-fikirkan, pengisian Ramadhan ni, lebih bermakna disini berbanding kat malaysia. Sebab kalau kat malaysia, sibuk dengan sale nye, buat kue raya (kat sini buat jugak, tapi skit jer), mana nak menempah bajunya...bila dah berubah tempat, takde dah pedulikan baju baru, kue pun yang mana sempat ajela...rezeki tetap melimpah, maklumlah gilir-gilir buat buka puasa...budak-budak ni pun ok jer puasa (kecuali Fizzy), walaupun kawan-kawan diaorang tak puasa..Alhamdullilah..
persiapan nak buat kue raya
No comments:
Post a Comment