Sunday, October 19, 2008

Fizzy Now 9


Hari jadi fizzy sepatutnya hari ni (Isnin, 20 Oct), tapi oleh kerana weekday sibuk, birthday party Fizzy di awalkan hari sabtu lepas. Ramai jugak yang hadir (almost all KMD kids). Penat jugak lah memasak, start hari jumaat lagi. Lepas balik lab terus masuk dapur. Menunya adalah mee rebus, kek, puding strawberry, popia goreng, sosej rolls, potato crisp and orange squash. Memang meriah.



Wednesday, October 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Akhirnya tibalah hari raya...rasa macam biasa jer mulanya...tapi bila dah join sebahyang raya kat centarl mosque Dundee, baru terasa kerayaan-nya..Sembahyang raya kat sini kelam kabut skit, dah la tak ada briefing macam kat mesia, tapi ikut suka imam tu nak takbir berapa kali, dah kelam kabut makmun kat belakang, terutama bahagian perempuan...dah la sembahyang ikut suke jer kat mana..confius tul...Anyway, raya tetap raya...ada jugak baju baju yang hubby beli kat mesia, baju kebaya pendek kaler hijau...budak-budak pun ada baju melayu sorang sepasang...bolehla buat bergambar hari raya.


seronok nye raye...


Lepas balik sembahyang raya, kalut masak untuk open house...nasib baik buat kat rumah Aeni kalau tak kena berkemas pulak...sebab raya terkejut, rumah pun kelam kelibut. Apa-apa pun meriah jugak la raya kat sini. Kepada yang kat kampung tu, ingat-ingat la kami kat sini...kat sini tak ada lemang...bestnya lemang!!! walaupun tak ada daun kunyit, rendang tetap ummph...tapi tak puas makan...supply limited...apapun SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


raye 2008


Lab Retreat


in front of Balthie House Hotel with Zhige and Pai

Minggu last puasa, my research group telah mengadakan lab retreat, 100% academic, berbincang tentang research project (cerita lanjut kat blog academia). Tempatnya agak jauh further inland, Perthshire namanya, Balthie House Hotel, sejam drive dari bandar Dundee. Cantik tempatnya, bangunan lama stail castle. Dengar diaorang cerita, hotel ni mahal, paling murah 220 pounds semalam (tu pun lodge, bukan main hotel). Sampai je situ nampak ferrari sebijik.
sapa la tuan punya ferrari ni...

Keadaan tempat macam in the middle of nowhere, tapi ramai orang tua-tua (orang kaya kut) menginap kat situ. Di belakang hotel ada sebatang sungai yang agak besar. Teringat sungai kat Mesia, tapi sungai kat sini sejuk giler...

kat tepi dan belakang hotel...sejuk...

Wednesday, October 1, 2008

Berakhirnya Ramadhan

Diam tak diam dah berakhir bulan Ramadhan. perbezaan yang amat ketara antara puasa di sini dengan puasa kat mesia adalah puasa itself. Kita berpuasa kerana kita memang dituntut berpuasa tanpa memikirkan ada raya dipenghujungnya. Kalau kat mesia, puasa tak start lagi, tempahan baju raya dah ditutup. Begitu juga dengan berbuka, makan aje apa yang ada...tak de bazar2 Ramadhan..Tapi oleh kerana ada ramai jugak malaysian kat sini, kita juga me-malaysiakan bulan puasa dengan bergilir-gilir buat majlis tadarus dan berbuka puasa. Oleh kerana rumah kitaorang kat sini kiut-miut terpaksala pisah kan muslimin dan muslimat.
muslimat bertadarus di rumah Amal
Bila di fikir-fikirkan, pengisian Ramadhan ni, lebih bermakna disini berbanding kat malaysia. Sebab kalau kat malaysia, sibuk dengan sale nye, buat kue raya (kat sini buat jugak, tapi skit jer), mana nak menempah bajunya...bila dah berubah tempat, takde dah pedulikan baju baru, kue pun yang mana sempat ajela...rezeki tetap melimpah, maklumlah gilir-gilir buat buka puasa...budak-budak ni pun ok jer puasa (kecuali Fizzy), walaupun kawan-kawan diaorang tak puasa..Alhamdullilah..

persiapan nak buat kue raya