Friday, February 19, 2010
Wednesday, October 21, 2009
Autumn Holiday: Scottish Border
Colours of Autumn
Cuti sekolah musim luruh kali ini kami sekeluarga berkesempatan turun ke Scottish Border. Dah alang-alang kat border, langsung menyusuri sungai Tweed yang menjadi sempadan Scotland dan England.

Melrose Abbey


Floor Castle, Kelso


Canal Route near Edinburgh
Di hadapan Melrose Youth Hostel
Kami menginap di Melrose Scottish Youth Hostel. Tak la hebat macam hotel tapi ok la, boleh masak sama-sama dengan mat-mat dan minah-minah saleh. Sempat buat lasagna lagi.
Dalhousie Hotel Castle
Melrose terkenal dengan sejarah Roman. Yang paling famous kat sini adalah Melrose Abbey dan William Wallace Monument. Sebelum sampai ke Melrose, kami sempat singgah di Dalhousie Castle. Castle ni dah di convert jadi hotel. Boleh jugak masuk tengok-tengok....interior memang superb.
Namanya pun jalan-jalan. Hajat tu nak menyusuri sempadan dan langsung ke England. Kami sampai di bandar kecil bernama Kelso. Dalam duk pusing-pusing cari jalan, serempak dengan Floor Castle. Dah sampai rugi pulak dah lawat. Floor Castle ni adalah the largest inhibitant castle in UK (masih lagi di diami). Memang cantik.....tak rugi sesat....

Di hadapan Bamburgh Castle
dah sampai England, terus ke Bamburgh Castle...katanya the most iconic castle in Britain (England jer la kut....kat Scotland banyak lagi yang cantik). The highlight of this castle is the Amstrong Museum. Sapa-sapa yang biasa dengan A.W series of aircrafts taulah ceritanya......
Rail Bridge, Berwick-Upon-Tweed
Dah lepas berpiknik depan Bamburgh Castle, kami drive lagi ke bandar sempadan antara England and Scotland, Berwick-Upon-Tweed....tujuan utama nak ambik gambar rail bridge yang famous.....tapi bila sampai dah gelap....tapi masih cantik.....
Makan ais kerim Baskin Robin kat Livingston, Glasgow
On the way balik Dundee, singgah sekejap kat Livingston, Glasgow....kononnya nak shopping....tapi tak biasa tengok orang ramai.....rasa cam serabut la pulak....dapat makan ais kerim cukup lah....Dari Glasgow, entah macam mana terserempat dengan Canal route...siap ada Canal teksi lagi...tapi masa tu mendung, kalau terang mesti cantik especially autumn ni.....
Lepas ni nak pergi Highland pulak.....cuti krismas dan New Year....
Wednesday, October 7, 2009
Majlis Sambutan Hari Raya Dundee
Seminggu lepas raya KMD menganjurkan Majlis Hari Raya bersekali dengan sambutan warga baru. Macam biasa kami pakat-pakat masak. Antara juadah yang di sediakan antaranya Nasi Pilau, nasi beriyani, rendang, ketupat, kuah kacang, kerabu perut, air asam dan berbagai kek dan kueh raya. Kenyang tak terkata...maklumlah bukan selalu dapat makan macam ni...open house pun terhad kat Dundee ni, bukan macam kat Malaysia, open house sebulan!!!Raya
Sapa kata raya di perantauan tak best....ok pe....walaupun sedih tak boleh ke kubur Mak Ayah pagi raya dan berkumpul adik beradik, kumpul ramai-ramai pun terasa meriah jugak. Kali ini ada tiga open house kat Dundee te
rmasuk satu m
ajlis Raya KMD. 
Yang tak bestnya raya kat tempat orang ni adalah tak ada baju raya baru. Recycle dari tahun-tahun yang lepas. Aidil dah setinggi bapaknya, so baju melayu yang last year tak tak muat, terpaksalah pakai baju bapak.
Wednesday, September 2, 2009
Puasa
Bulan Ramadhan tiba lagi. Tahun ini adalah tahun kedua berpuasa di Dundee. Kali ini puasa lebih panjang dari tahun lepas memandangkan masih lagi summer. Puasa kali ini juga bertembung dengan kerja akademik yang menimbun. Belum pun sempat ke masjid samada untuk berbuka atau terawikh. Balik lab pun selalu nya dan hampir berbuka. Hidangan berbuka ala kadar sahaja, setakat mana yang mudah dan sempat.
Fizzy dan Bob setakat ni belum lagi berjaya puasa....ada jer alasannya. Paling lama separuh hari. Aidil memang kuat semangat, setakat ni hanya tinggal dua hari, tu pun sebab tak bangun sahur.
Hari pertama berbuka
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Friday, August 28, 2009
Jalan-jalan Summer: Tengok Bandar
Thursday, August 27, 2009
Jalan-jalan Summer 09: Oban
Kami sekeluarga meluangkan masa melawat Oban, bandar yang terletak di West coast Scotland. Oban adalah gateway to many isles including Isle of Skye. Bandar Oban memang bandar tourist. Kami berkesempatan jalan-jalan kat bandar (dengan keta) dan melawat Wildlife Sanctuaty Park.
Subscribe to:
Posts (Atom)