Monday, July 13, 2009

Summer BBQ 2009

kalau dah kampung tu kampung juga..pantang nampak sungai, kira nak terjun jer....
Baru-baru ni KMD telah menganjurkan bbq untuk tahun ni bertempat di Glen of Isla di Perthshire (agak jauh ke inland). Mulanya rasa macam tak dapat nak join kerana keje yang berlambak dan kepenatan semacam jer. Tapi oleh kerana simpati dengan budak-budak tiga orang ni, akhirnya join la sekali...tu pun tumpang keta Che An dan Azra.
Paling seronok sekali bbq ni sebab bersebelahan dengan anak sungai yang amat sejuk airnya....bukan senang nak celup kaki dalam air sungai di Scotland ni...rasa macam kat Sekayu pulak.
Aidil dan Irfan sembang pasal bubbles. Aeni explained kat Rabihah camne nak buat kueh ketayap.
Aktiviti berbbq kali ni berjalan dengan lancar sekali. Selain dari kenyang tahap lampau, ramai juga yang berkesempatan mengeluarkan peluh jantan yang lama terperap. Anak-anak pun seronok sekali boleh lawan bola.

Viva Dinner

Agak lama tak update blog ni dek kerana kesibukan tahap gaban. Faktor yang mempengaruhi kesibukan termasuklah suami balik Mesia, keje skolah yang menimbun dan anak-anak yang super aktif.

Dalam pada tu sempat jugak ikut labmates meraikan Fred yang lulus viva pada 3 julai yang lalu. Fred pecah rekod lab tulis tesis paling cepat dan tesis paling pendek (PhD tesis 188+ mukasurat)...tapi correction banyak gak...anyway dah lepas...

Kita orang pergi dinner kat Italian restaurant kat Perth Road, Dundee. Tak berapa tahu jugak nak order ape, tapi cam tak ade nafsu untuk pasta, so order ajelah sea bass with lemon sauce and shrimps....mak ooi..besar giler, separuh aje habis.


Wednesday, April 22, 2009

Spring Special Edition: Daffodil

Bila dah spring ni rasa ceria sikit hidup, tak la kelabu jer. Yang paling ketara adalah sejenis bunga yang di kenali sebagai Daffodil. Selain daripada Cherry Blossom (bunga sakura) Daffodil also one of the epitome of spring, blooming in parks and gardens all over Britain. There are few varieties of daffodil. How many types of daffodil you can spot in your area?




































Sunday, April 12, 2009

Jalan-jalan Easter: Royal Botanical Garden and Edinburgh Zoo

salah satu species orkid yang terdapat di Royal Botanical Garden, Edinburgh Scotland

Jalan-jalan easter diteruskan setelah menginap semalam di 349 Charleston Drive, Dundee (balik rumah dulu). Kali ni ke Edinburgh pulak. Hari pertama melawat Royal Botanical Garden...tu pun selepas 2,3 kali sesat kat bandar Edinburgh. Sebelum tu singgah dulu kat rumah Jarina, makan nasi ayam. Cantik botanical garden ni, tapi oleh kerana dah agak lewat (pukul 4 baru masuk), tak lah dapat round semua. Antara tarikan utama adalah glass houses, ada beberapa, tapi sempat masuk dua jer. Rasanya kalau datang next month lagi best sebab lagi banyak bunga yang berkembangan dan pokok-pokok berdaunan. Time ni banyak lagi pokok yang tak berdaun. Apapun koleksi orkid memang sangat cantik.

di hadapan temperate glass house, Royal Botanical Garden, Edinburgh Scotland
Lepas melawat botanical garden, kami balik semula ke rumah Jarina...tapi sebelum tu singgah dulu kat restoran Palmyra (restoran mediteranean halal). Malam tu kami bermalam di rumah Jarina. Terima kasih kepada Jarina dan housemates kerana melayan kami.


Keesokan harinya jalan-jalan easter diteruskan ke Edinburgh Zoo. Kat sini main attraction adalah penguin. kat sini budak-budak seronok la, tapi penatnya boleh tahan jugak....berbukit-bukit....

























Gambar-gambar sekitar Zoo Edinburgh

Jalan-Jalan Easter: Aberdeen

di hadapan King College Chapel, University of Aberdeen

Minggu ni adalah cuti Easter, tak ambik pusing sangat apa tu easter, tapi ada banyak telur dan arnab. Oleh kerana budak-budak cuti 2 minggu, kena jugak la bawak berjalan. Hari khamis kami mulakan jalan-jalan easter dengan melawat Glamis Castle. Cantik betul castle ni dan kebetulan pulak dah spring, so meriah la dengan bunga-bungaan...tapi tak free, kena bayar 12 pounds lebih untuk satu famili, tu pun ground aje...tapi tu pun tak habis round, besar...tu pun hanya melawat Italian Garden dan Pinetum....si Bob asyik nak bergambar dengan pokok jer...
Fizzy and Bob @ Pinetum, Glamis Castle

Tapi tak kata kat dia gak, pokok-pokok yang ada di sekeliling Glamis Castle ni mostly yang dah ditanam bertahun-tahun yang dulu, ada yang di tanam pada tahun 1813 lagi...impressed betul, terutamanya pokok-pokok pine.

Bob, Aidil and Fizzy in front of Glamis Castle

Perjalanan diteruskan ke Aberdeen city. Kami singgah kat Aberdeen Amusement Park..Fizzy dan Bob nak try roller coster, Aidil memang tak mahu ...penakut...tak ada pilihan, ibu la kena teman...pening jugak....lepas tu semua dah tak nak naik roller coster lagi lepas ni...

Looping star @ Aberdeen Amusement Park

Kami singgah di rumah kawan, Umaima, dekat dengan Zoological Building, University of Aberdeen. Terima kasih kepada Umaima kerana jamu kami nasi goreng dengan chicken wings. Sebelum balik ke Dundee, sempat jugak jalan-jalan kat King College, University of Aberdeen. Katanya King College ni adalah bermulanya university of Aberdeen. On the way balik singgah kat Castle Dunottar (depa kata tempat ni Shah Rukh khan buat pengambaran, oleh kerana tak minat hindustan, tak tau la pulak cerita apa..). Masa tu dah senja, cuaca pun dah sejuk dan foggie....tengok dari jauh jer...

Tuesday, April 7, 2009

Good bye winter, welcome spring...for now

Ramai orang kata kat Scotland ni kita boleh dapat empat jenis weather dalam satu hari. Ianya boleh jadi snowy masa subuh, terang benderang sebelum zuhur, hujan by asar and frosty by isyak...apapun sekarang ni dah masuk spring, terasa la ceria sikit walaupun masih sejuk lagi, sekurang-kurangnya rasa riang ria dapat tengok bunga-bungaan.

Looking back, walaupun suasana agak suram masa winter, tapi tak kurang menariknya...last winter was said to be the coolest winter in 30 years and the most snow falls since a very long time...so kids really had a fun time playing with the snow. Walaupun tak dapat main ski semasa trip highland, tapi boleh main sledge kat Lochee Park, Dundee pun dah cukup (tu pun ihsan Zahir bagi pinjam sledge, tq)






Selain daripada main snow, banyak jugak aktiviti indoor....maklum la dah tak boleh keluar main kat padang, kena la cari aktiviti yang berbumbung. Di antaranya bowling, lawat pameran sains dan tengok wayang.

Fizzy and Bob doing the brain scanning in Sensation Science Centre

Monday, March 2, 2009

Amsterdam Trip

Cancer and Mitosis conference, Amsterdam, The Netherland


25 Feb 2009, first time keluar dari UK sejak datang Scotland ni....menghadiri seminar di Amsterdam, Netherland bersama-sama supervisor and 3 other labmates. Jadual seminar sangat padat dan sarat...99% academic. Tak pernah lagi hadir seminar and discussed about it from breakfast till dinner.
Bandar Amsterdam dikelilingi oleh water ways

Amsterdam city is not that big and not complicated cuma kena tau baca peta sebab nama jalannya agak panjang and tak ada translation to english. Bila malam agak bosan sikit (bagi kita ni..). Oleh kerana pergi dengan supervisor, jadi kami sentiasa in group (and always talk academic)..kepala pun dan tepu..

Holand memang terkenal dengan bunga-bungaan, especially tulip


Dutch Cheese...not really my favourite

Last day before balik, sempatla jalan-jalan kat bandar Amsterdam..walaupun tak sempat melawat muzium dan naik boat, ok jugak la...lain kali kalau datang lagi, tau la mana nak tuju.