Monday, February 2, 2009

Labour Suite Experience

I'm a mother of three children...but never in my wildest dream watching a mother giving birth. Because I had three c-sections and never experience natural birth....

Malam 16 Jan 2009, Taufik call pukul 12 lebih, tapi oleh kerana talipon dalam mode silent, so tak dengar la...bila check ada miss call dari taufik, dah agak dah ni, mesti Aeni sakit perut nak bersalin. Call taufik back, dia ada kat hospital dan memang sah Aeni sakit nak bersalin tapi katanya baby melintang dan mungkin kena C-section...panic. Oleh kerana Taufik nak kena jaga anak-anak yang lain (lagi 3), jadi bincang-bincang elok la saya jer ke hospital tunggu Aeni. Tu la..bila dah berjauhan dengan keluarga, kita kena lah tolong menolong sama sendiri. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, drive ke hospital dan Taufik pun balik ke rumah. nasib baik sempat balik sebelum anak nombor 2 bangun kencing, kalau tak meraung la cari mak ayah tak ada.

Kat hospital, Aeni semakin kerap contraction and baby pun dah berpusing ke bawah dan ready nak keluar...midwife kata any time dah ni....As the contraction makin kerap and began to push and baby start coming out..I was not realise what's going on at the beginning until I saw baby's head coming out...I'm not the panic type, but mesmerised on what really happening at that moment..Aeni gave a very strong push and WOW...baby's out and midwife offered me to cut the placenta....macam mimpi jer tengok baby keluar....Alhamdullilah semuanya selamat.

One hour old Faid..captured by my phone


Sunday, January 4, 2009

Winter Holiday: Scottish Highland Outing II

On the way to Isle of Skye..majestic mountains, snow covered forest and frozen lake


Kembara ke Scottish highland memang menakjubkan sekali. Pemandangan sepanjang perjalanan umpama poskad dan ada sesetengahnya macam di alam yang lain, especially tempat yang dilitupi salji and frozen lake. Walaupun tak banyak tempat yang sempat kami singgah dek kerana siang yang pendek, tapi the journey itself is fantastic enough..betul la kata orang, jauh berjalan, luas pandangan....

Ibu and Bob di Loch Duich, hadapan Eilean Donan Castle, Scotland

Outing kali ni hanya sempat singgah beberapa castle, some of it is very old, and some memang well maintain dan dibaikpulih semula. Pun begitu, masih terasa wonder macam mana orang dolu-dolu buat binaan yang mega cam tu, tanpa modern machinery seperti sekarang ni. Orang sekarang, kalau takde mesin, tak jalan la keje..usahkan nak buat bangunan, nak tumbuk bawang pun malas, mesti nak kena ada blender gak...

Aidil di hadapan Dunvegan Castle, Isle of Skye

Wednesday, December 31, 2008

Christmas Holiday: Scottish Highland Outing


Musim cuti krismas dan tahun baru dah bermula. Kami yang tak menyambut krismas ni pun 'terpaksa' bercuti 2 minggu. Oleh yang demikian, geng-geng melayu dundee ambik keputusan untuk jalan di Scottish highland...plan nak pergi Nevis Range and Isle of Skye.


Berkumpul di Charleston Drive sebelum berkonvoi ke Perth

So, on boxing day, lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun mulalah kembara ke highland. Ahli kembara terdiri daripada 38 ahli termasuk 12 kanak-kanak dalam 7 kereta. Oleh kerana hari tu hari jumaat, our first stop adalah Perth (known as Heart of Scotland). Kami singgah di rumah Zaidi dan lunch kat situ.

Lunch kat rumah Zaidi and Gee

Apabila solat dan makan tengahari dah selesai, kami pun teruskan perjalanan ke Fort William (the largest town in highland), which we will stay in Glen Corrie Lodge for two nights. Because it is winter, daytime is shorter, kami menyusuri highland dalam suasana yang suram, tapi very picturesque.

On the way to Roybridge..snow scattered on the highland range

Kami sampai di hostel lebih kurang pukul 6 petang (tapi macam pukul 10 malam- gelap). Hostel ni lebih kecil dari expected. Bilik pun agak sempit. Apa lagi, acara punggah memunggah pun bermula lah..soon after that, acara masak memasak pun start.....tak ada pogram yang specific, cuma chief de mission ada pasangkan tayangan cartoon untuk kanak-kanak.

Fizzy and Aidil @ Glen Corrie Lodge

On second day, di sebelah pagi, kami ke Nevis Range (Banjaran Nevis). Hajatnya adalah nak main ski, tapi hari tu tak banyak snow, so hajat nak berski tu tak kesampaian. Apapun, kami sempat jugak naik kabel car ke puncak Nevis Range.

Di puncak Nevis Range...sejuk...

Di sebelah petang pulak, kami melawat bandar Fort William...sangat sejuk, tapi sempat gak window shopping. Fort William ni originally based around the still-extant village of Inverlochy, the town lies at the southern end of the Great Glen, on the shores of Loch Linnhe and Loch Eil. It is close to Ben Nevis, the highest mountain in the British Isles, and Glen Nevis. Fort William juga merupakan lokasi beberapa filem terkenal temasuk Harry Potter, Braveheart, Highlander and Rob Boy. Banyak historic features kat sini, tapi oleh kerana sejuk bangat, tak sempat la nak telek semua.


Jalan-jalan kat Fort William






Bila dah kesejukan jalan-jalan kat high street Fort William, kami pun ambik keputusan untuk melawat Inverlochy Old Castle on the way balik hostel. Masa tu dah hampir gelap walaupun baru pukul 3 ptg. Suasana bukan sahaja gelap, tapi fogging as well...so berbalam jer la....

depan Inverlochy Castle

Dah penat seharian melawat-lawat, kami pun balik ke hostel. Macam biasa geng masak terus masuk dapur, kalau tak lambat la semua orang makan. Untuk second night, menunya adalah bbq chicken and tomyam (kat Scotland pun nak tomyam gak), tapi oleh kerana grill tak berapa berfungsi, makanyer, ayam goreng je la....

jalan-jalan @ Fort William

Thursday, December 25, 2008

Raya Haji

Komuniti Melayu Dundee telah mengadakan majlis sambutan hari raya haji pada hari ahad lepas. Raya nye dah lama berlalu, tapi kalau tak buat apa-apa majlis, makna ianya akan berlalu begitu sahaja. itulah adatnya kalau kat tempat yang kita ni minoriti. Kita sendiri yang kena usahakan. kalau di Malaysia, we so used to standardized almost everything...kalau pakcik mohor besar tak bagi tau bila nak raya, tak rayalah kita kat mesia...sama gak kalau tak ada pak Imam nak baca doa selamat masa kenduri doa selamat, makanye, tak dela majlis doa selamat..Bila dah duduk kat negara orang yang majoritinya tak beragama..baru la kita kalut...
entah apa yang dibincangkan oleh Fizzy dan Farhan, sambil diperhatikan oleh Ubaid. Abrar concentrated dengan ceritanya.


By the way, kat majlis raya tu, Fizzy dipilih untuk membacakan ayat quran, Surah Al Saaffat, ayat 102-105. Pendek jer..dia ok jer cuma tak puas hati kenapa dia je kena baca, Bob and abang tak kena. Dalam majlis tu, Fizzy bacakan ayat, Farhan bacakan terjemahan bahasa malaysia, Ubaid bacakan terjemahan inggeris dan Abrar bacakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim.
Bob ambik gambar bapak yang bertugas sebagai cameraman

Bob juga ambik gambar Irfan, Luqman dan Aidil yang kebosanan sebab tak bawak nintendo DS

Monday, November 24, 2008

Snowy birthday for Bob


view from our flat on sunday morning...winter is here

Today is Bob's birthday, tapi dah celebrate semalam. Mulanya Bob tak nak buat birthday party, dia nak ada snow baru nak buat party....bangun pagi semalam, jengok tingkap...it's SNOW....Fizzy was jumped and shouted...BOB, SNOW...IT'S YOUR BIRTHDAY...apa lagi turun la main snow man as ibu kena prepare untuk birthday party dia.












Fizzy and Bob play in the snow and snowman

For birthday party itself, sempat la buat kek coklat...nak sama macam kek Fizzy(macam kembar pulak dia orang ni)...tak ramai yang datang...almaklum la short notice, apapun semua happy.










Jalan-jalan cari Ikan: Arbroath

Jalan-jalan diteruskan ke Arbroath. First sekali singgah kat kedai jual ikan Spink. Ingatkan macam pasar kat Mesia...kat sini ikannya dah bersih, filleted, smoked dan tak ada ikan yang sekor-sekor. Sudahnya kami ber-sightseeing la...dalam pada tu beli la jugak smoked haddock..sedap rupanya...patutla famous.

Aidil in front of Spink fish monger


Arbroath ni bandar yang penting dari segi sejarah Scotland. Disinilah Declaration of Arbroath was drafted and declared. Apa-apa pun no doubt it is a beautiful place to visit.

Aidil and Fizzy on top of historic hill of Arbroath

Arboarth ni adalah historic town of Scotland. Ada banyak bangunan lama bersejarah kat sini. Tapi tak la pegi melawat bangunan-bangunan tu, sebabnya dah nak gelap...tapi sempat jugak melawat harbour. Banyak bot-bot nelayan dan yang penting, bersih dan tak bau ikan walaupun disini adalah tempat nelayan berlabuh...kalau kat tempat kita...kena tutup hidung la jawapnyer..


Arborth Harbour

Sebelum bertolak balik ke Dundee, kami sempat juga la jalan-jalan kat pekan Arbroath ni..tak besar, High street nya pun pendek jer...yang banyak kat sini adalah kedai jual ikan....memang mai nak beli ikan pun....begitulah kisahnya jalan-jalan cari ikan.....


Tuesday, November 18, 2008

Jalan-jalan Cari Ikan: Monifeth

colors of Autumn


Sekarang dah penghujung Autumn, hari pun dah makin pendek....pukul 4 dah maghrib. Mood pun dah agak berubah...semangat bekerja yang sepatutnya makin berkobar-kobar cam tergugat sikit dek kerana hari yang makin tak ceria. Mau nye tak, pukul 6 rasa macam pukul 9 malam.. mula lah tak senang duduk..rasa nak balik jer...tambah pulak sejuk (suhu average 6 darjah celcius, sometimes turun sampai 1 darjah celcius).
aidil, fizzy, Bob @ Monifeth Beach Play Ground


Untuk mengurangkan keboringan, kami sefamili pun ambik keputusan jalan-jalan sekitar keluar Dundee. Last week kononnya nak pergi cari ikan di Abroath, further up North. Budak-budak awalnya tak berapa excited (lebih seronok main Nintendo diaorang nih). Ada dua route ke Abroath dari Dundee; samada ikut inland motorway ataupun ikut coastal road...ambik keputusan ikut jalan pantai, boleh la tengok pemandangan. Jalannya straight jer...



On the way to singgah di Monifeth..the birthplace of Scotland...tak berniat nak singgah sebenarnya tapi Bob sakit perut, so berenti cari toilet...nasib baik jumpa Tesco kat Monifeth tu..kalau tak terburai la dalam keta...lepas selesai 'urusan' Bob, Amey drive ke tepi pantai..sangat cantik.


Monifeth Beach