Wednesday, October 7, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Dundee

Seminggu lepas raya KMD menganjurkan Majlis Hari Raya bersekali dengan sambutan warga baru. Macam biasa kami pakat-pakat masak. Antara juadah yang di sediakan antaranya Nasi Pilau, nasi beriyani, rendang, ketupat, kuah kacang, kerabu perut, air asam dan berbagai kek dan kueh raya. Kenyang tak terkata...maklumlah bukan selalu dapat makan macam ni...open house pun terhad kat Dundee ni, bukan macam kat Malaysia, open house sebulan!!!


Raya


Sapa kata raya di perantauan tak best....ok pe....walaupun sedih tak boleh ke kubur Mak Ayah pagi raya dan berkumpul adik beradik, kumpul ramai-ramai pun terasa meriah jugak. Kali ini ada tiga open house kat Dundee termasuk satu majlis Raya KMD.
Yang tak bestnya raya kat tempat orang ni adalah tak ada baju raya baru. Recycle dari tahun-tahun yang lepas. Aidil dah setinggi bapaknya, so baju melayu yang last year tak tak muat, terpaksalah pakai baju bapak.

Wednesday, September 2, 2009

Puasa

Bulan Ramadhan tiba lagi. Tahun ini adalah tahun kedua berpuasa di Dundee. Kali ini puasa lebih panjang dari tahun lepas memandangkan masih lagi summer. Puasa kali ini juga bertembung dengan kerja akademik yang menimbun. Belum pun sempat ke masjid samada untuk berbuka atau terawikh. Balik lab pun selalu nya dan hampir berbuka. Hidangan berbuka ala kadar sahaja, setakat mana yang mudah dan sempat.
Fizzy dan Bob setakat ni belum lagi berjaya puasa....ada jer alasannya. Paling lama separuh hari. Aidil memang kuat semangat, setakat ni hanya tinggal dua hari, tu pun sebab tak bangun sahur.

Hari pertama berbuka

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Friday, August 28, 2009

Jalan-jalan Summer: Tengok Bandar

Kalau duduk kat Dundee ni consider kampung gak la. Oleh kerana dah lama tak tengok orang ramai pusu-pusu, kami pun decide pergi Glasgow. Di samping jalan-jalan, bulih jugak makan kat kedai....kat Dundee macam tak berapa confident nak makan kat restoran, tapi kalau kat Glasgow, banyak pilihan asian food.






Bila dah sampai Glasgow, tak rasa duk Scotland la pulak...rasa macam ada kat Pakistan pun ada, cam kat Penang pun yer...

Dalam duk jalan-jalan tu sempatlah melawat muzium Transport, Kevinsgrove Art and Gallery dan makan nasi goreng kat Lemon Tree.

Thursday, August 27, 2009

Jalan-jalan Summer 09: Oban

Oban

Kami sekeluarga meluangkan masa melawat Oban, bandar yang terletak di West coast Scotland. Oban adalah gateway to many isles including Isle of Skye. Bandar Oban memang bandar tourist. Kami berkesempatan jalan-jalan kat bandar (dengan keta) dan melawat Wildlife Sanctuaty Park.



Yang paling menarik adalah jambatan satu lorong. Tak tahu macam mana diaorang boleh terfikir nak buat jambatan selorong, buat ajelah dua lorong, tak payah tunggu giliran....










Monday, July 13, 2009

Summer BBQ 2009

kalau dah kampung tu kampung juga..pantang nampak sungai, kira nak terjun jer....
Baru-baru ni KMD telah menganjurkan bbq untuk tahun ni bertempat di Glen of Isla di Perthshire (agak jauh ke inland). Mulanya rasa macam tak dapat nak join kerana keje yang berlambak dan kepenatan semacam jer. Tapi oleh kerana simpati dengan budak-budak tiga orang ni, akhirnya join la sekali...tu pun tumpang keta Che An dan Azra.
Paling seronok sekali bbq ni sebab bersebelahan dengan anak sungai yang amat sejuk airnya....bukan senang nak celup kaki dalam air sungai di Scotland ni...rasa macam kat Sekayu pulak.
Aidil dan Irfan sembang pasal bubbles. Aeni explained kat Rabihah camne nak buat kueh ketayap.
Aktiviti berbbq kali ni berjalan dengan lancar sekali. Selain dari kenyang tahap lampau, ramai juga yang berkesempatan mengeluarkan peluh jantan yang lama terperap. Anak-anak pun seronok sekali boleh lawan bola.

Viva Dinner

Agak lama tak update blog ni dek kerana kesibukan tahap gaban. Faktor yang mempengaruhi kesibukan termasuklah suami balik Mesia, keje skolah yang menimbun dan anak-anak yang super aktif.

Dalam pada tu sempat jugak ikut labmates meraikan Fred yang lulus viva pada 3 julai yang lalu. Fred pecah rekod lab tulis tesis paling cepat dan tesis paling pendek (PhD tesis 188+ mukasurat)...tapi correction banyak gak...anyway dah lepas...

Kita orang pergi dinner kat Italian restaurant kat Perth Road, Dundee. Tak berapa tahu jugak nak order ape, tapi cam tak ade nafsu untuk pasta, so order ajelah sea bass with lemon sauce and shrimps....mak ooi..besar giler, separuh aje habis.